HARI KELUARGA SKJMB
Wednesday, August 19, 2009
Pada 1 Julai 2009(Sabtu) para guru dan kakitangan SKJMB telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Calet Impian , Teluk Batik. Ramai warga SKJMB bersama ahli keluarga mengambil peluang menyertai program ini. Bermula dengan mengambil tempat penginapan di Calet Impian dan makan tengahari. Pada pukul 2.30pm, program sukaneka seperti acara untuk anak-anak mengikut kategori umur (rebut coklat , bawa bola ping pong dengan sudu, makan buah epal) acara kaum ibu(potong kulit buah epal) acara kaum bapa (timbang bola takraw) dan acara untuk berpasangan(lontaran kasih) telah diadakan. Sungguh menyeronokkan.. Tahniah kepada pengerusi KGKT, Puan Hjh. Noraishah Ishak berserta rakan-rakan lain yang bekerja keras bagi menjayakan program ini. Banyak kali dah dok rancang.. tapi tak jadi2... Malamnya diadakan pertandingan memancing dan makan barbique...Pagi2 esoknya , semua pakat terjun laut... anak-anak sampai tak ingat nak balik....bestkan... lain tahun pi mana pulak..
0 comments:
Post a Comment