JAWATAN KUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH SK. JALAN MATANG BULUH, BAGAN SERAI, PERAK 2016


PENGERUSI :
En. Othman b. Mohd Saad
(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI :
En. Abdul Rahim b. Mohd Nor
(PK 1)

SETIAUSAHA
Pn. Hartini bt. Samsudin
(Penyelaras PSS)

PEN. SETISUSAHA
Cik Anis Syahirah bt. Razali

AJK:
En. Wan Saiful Jaffni b. Wan Ahmad Fariddudin(PK HEM)
Tn. Hj. Roslan b. Din(PK KO)

KETUA-KETUA PANITIA:

B.MELAYU - Pn. Rohana bt. Hamat
B.INGGERIS - Pn. Noriah bt. Ismail
MATEMATIK - En. Balu@Pall Singh A/L Perumal
SAINS - Pn. Rosma bt. Umar
P.ISLAM - Pn. Nor Kamaliya bt. Masran
KT/SEJ – En. Hashim b. Junait
PJK – En. Azman b. Abdul Halim
P.MUZIK – Pn. Hasiah bt. Zaini
KH/RBK – En. Rosli b. Yusof
PSV – Pn. Sofinah bt. Zainal Abidin
PSK- Pn. Che Ratana bt. Mat
P.MORAL - En. Amiluddin b. Ibrahim
B.CINA – Pn. Yeap Shiau Theng
B. ARAB – Pn. Salwani bt. Darawi
J-QAF - Pn. Normaziyani bt Halim
PEMULIHAN – Pn. Nurul Hidayah bt. Abd. Rahman



SENARAI PENGAWAS PUSAT SUMBER 2015



KELAS
1 IQNATIUS SUREN A/L SANTHANASAMY (PENGERUSI) 6 B
2 FAQIHAH SYUHADA AL WAZIRAH BT JURJAINIEE(NAIB PENGERUSI)
6 B
3 NOORFATINI FARHAH BT NOOR ADLY 6 B
4 MUHAMMAD HAFIZ B. JAMALUDIN 6 B
5 SITI MAISARAH BT. IKHSAN 6 D
6 NURUL IFFAH BT AHMAD SAFWAN 6 N
7 NURIN ADRIANA BT. AZLAN 6 D
8 NUR SYADIYAH HANI BT. MOHD HASLAN 6 B
9 NUR SARAH FARHANA BT ABDUL AZIZ 6 D
10 MOHD HARITH IRFAN B. ALI HASSAN 6 D
11 MUHAMMAD SYAMIM DANIAL B. SALLEHUDDIN 6 B
12 AHMAD SHAUQI HANAFI B. SHAMLAN 6 N
13 NURULL ATIESYA BT JASNY 6 N
14 MUHAMAD FIRDAUS B KAMARUDIN 6 N
15 MUHAMMAD DANIAL FAIZ B. ROSLI 5 B
16 MOHAMAD HAZIQ FARHAN B. ABDUL JALIL 5 B
17 AIMI AMIRAH BT. MAZLAN 5 D
18 NUR SYAFIA AMIRA BT ZAIROSEZARY 5 B
19 NUR SYAKIRA HAZWA BT. ZAIROSEZARY 5 B
20 NUR NAJWA BT JAMALUDDIN 5 B
21 NURUL ANISAH BT AZBA 5 D
22 NURUL HILMA BT. AHMAD KAMAL 5 B
23 MUHAMMAD AZRI B AZHAR 5 B
24 NOOR AZLIYANA SYAHIRAH BT NOORDIN 5 B
25 NOR AISHAH BT ZAINAL ABIDIN 5 B
26 MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN B. MOHD HISHAM 5 Z
27 FATIHAH HANIM BT. MOHD ZAKI 5 N
28 FATIN ZULAIKHA BT BAKAR 5 Z
29 MUHAMMAD HANIF HAIKAL B. MOHD. HANAFI 5 N
30 NOOR JASMIN BT. SHIKH KHALIL 4 B
31 INTAN NUR ZULAIKHA BT CIK ZAHARUDDIN 4 B
32 NUR HANNANI SAWANI BT. MUHAMAD ZAIDI 4 B
33 RABIATUL ADAWIAH BT. OSMAN 4 B
34 NOR SALSABILA BT. SUHAIMI 4 D
35 ANIS AYUNI BT IZHAM 4 B
36 SITI NABILA BT. M. AZHAR 4 B
37 ALIF WAZINI B. MOHD FAUZI 4 N
38 SITI AISYAH AFIFAH BINTI ROSAMUDIN 4 B
39 MUHAMMAD AMAR RIEZWAN B. ABD RAZAK 4 D
40 NURLIYANA ALIYAH BT. KAMARUL NIZAM 4 D
41 MUHAMMAD NABIL B. YANG AHMAD 4 D
42 NUR DINI ASNA BT ROSLI 4 N
43 NUR SHAZATUL SHUHADAH BT KHAIRUL NIZAM 4 D
44 NUR HUDA NAJWA BINTI MAT SUHAIMI 4 D
45 MUHAMMAD SHAHRUL ANNUAR B. MOHD RIZUAN 4 D
46 FARHAN B. MOHD RIZAL 4 D
47 MUHAMMAD FARIS B. MUHAMAD NAZRI 4 Z
48 PUTERI WAFA DAMIA BINTI MEGAT AZMI 3 B
49 NURUL AMALINA BINTI AZBA @ MOHAMMAD HASSAN 3 B
50 MUHAMMAD FAIZ BIN MAT NAYAN 3 B
51 PUTRI ADDINA SYAZA BINTI AZADI SANI 3 B
52 FAIZ ZUFAIRY BIN MOHD SHARIF 3 B
53 MUHAMAD ALIF HAIKAL BIN AZLAN 3 B
54 MOHAMAD JAZLI SUFI BIN AHMAD ISMAIL 3 D
55 MUHAMMAD AQIL HIDAYAT BIN MOHD HAFIZ 3 D
56 SABRINA JOANNE A/P SANTHANASAMY 3 D
57 NURUL NAJIHAH BINTI SHARIFUDIN 3 D
58 NUR BALQIS NAJWA BINTI MOHD FARID 3 D
59 MUHAMMAD RUSDI BIN MOHAMAD ROHAIZAN 3 D
60 NUROOL HUMAIRAA BINTI AHMAD NIZAM 3 N
61 NUR DIYANA BINTI AHMAD JELANI 3 N
62 AINAA NAJWA BINTI MOHD ZAINI 3 N
63 MOHAMAD ZUFAYRI BIN SHAHRIZAN 3 Z
64 NUR IRDINA ZULAIKHA BINTI SAIFUL NIZAM 3 Z








65

DETIK KEMERDEKAAN

Friday, August 28, 2009

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalipon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk da mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

0 comments:

Post a Comment

PROGRAM MOTIVASI BAHASA MELAYU

PROGRAM MOTIVASI BAHASA MELAYU

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN

Motivasi kepimpinan 2010 telah diadakan pada 09 April 2010 iaitu hari Jumaat bertempat di dewan terbuka SKJMB jam 2.00 petang. Penc eramah jemputan ialah En. Azmi b. Abd. Hamid seorang pensyarah dan kaunselor dari IPGM Tuanku Bainun. Murid yang terlibat ialah semua pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber , ketua kelas dan penolong ketua kelas berjumlah 188 orang.

Objektif motivasi kepimpinan ini diadakan ialah supaya murid yang diberi tanggungjawab kepimpinan ini dapat membina keyakinan diri, melahirkan kesedaran tentang peranan dan tanggung jawab terhadap sekolah, meningkatkan sahsiah diri, meningkatkan daya kepimpinan dan komunikasi serta memantapkan jati diri. Adalah diharapkan agar motivasi ini dapat memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam membantu guru-guru untuk mempertingkatkan pengurusan dan disiplin di sekolah.

Semasa sesi ceramah diadakan, murid-murid begitu tekun dan berminat dengan aktiviti yang diadakan terutama topik tentang penampilan sebagai seorang pemimpin dari segi penampilan diri dan cara berkomunikasi.Pada keseluruhannya, motivasi ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

SENARAI TEMA HARI GURU MALAYSIA

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

LIRIK LAGU MERDEKA 1 MALAYSIA


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua


******************************************************

1 MALAYSIA..RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP