PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 DI KUALA GULA
Thursday, June 17, 2010
Tanggal 24 dan 25 April 2010 yang lalu, satu program jati diri pelajar tahun 6 telah diadakan di Chalet Kuala Gula. Para pelajar bertolak dari sekolah pada jam 11.00 pagi dengan menaiki tiga buah bas. Seramai 46 pelajar perempuan dan 73 orang pelajar lelaki yang terlibat.
Program ini anjuran bersama Kecemerlangan UPSR dan Unit Bimbingan. Di antara pengisian program tersebut ialah Motivasi Kesedaran Diri oleh En.Abd.Aziz
Jamaluddin, Aktiviti Provokasi oleh En.Zulkarnain Abd. Hamid dan Motivasi Jati Diri oleh Ustaz Izab Hambali.
Aktiviti motivasi ini diharapkan dapat memberikan maklumat dan kesedaran diri kepada para pelajar bagi kecemerlangan diri dalam UPSR yang bakal ditempuh.
Beberapa guru pengiring yang setia menemani para pelajar hingga berakhir program tersebut.
0 comments:
Post a Comment