GURU -GURU DAN KAKITANGAN
Monday, August 17, 2009
SKJMB sekolahku
Gedung mencari ilmu
Majulah terus maju
Tingkat budaya ilmu
Mari kita bersama
Menuju cita mulia
Membentuk peribadi
Ke arah cita suci
Hormat ibu bapa
Guru, rakan sebaya
Beramal berusaha
Pasti terus Berjaya
Hormat ibu bapa
Guru rakan sebaya
Beramal berusaha
Pasti terus Berjaya
Pasti terus berjaya
VISI SEKOLAH
“EVER ON WARD” bermaksud “ Sentiasa Ke Hadapan “
MISI SEKOLAH
Kami warga SK. Jalan Matang Buluh , Bagan Serai beriltizam merealisasikan visi kami. Maka kami akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
· Mendidik murid-murid sekolah ini supaya boleh membaca, menulis
dan mengira dengan baik.
· Menerapkan nilai-nilai murni kepada setiap murid di sekolah ini
tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.
· Mencungkil dan mengembangkan bakat dan potensi yang sedia ada
pada semua murid di sekolah ini.
· Bekerjasama serta berusaha untuk mengeratkan hubungan yang
baik dan mesra dalam kalangan semua murid, warga sekolah,
ibubapa dan masyarakat.
WARNA SEKOLAH
Kuning -Negeri yang Beraja
Merah -Gagah, bersungguh-sungguh, cekal dan berani.
Obor -Melambangkan suluh panduan hidup.
Siput -Menunjukkan kesabaran, tidak putus asa, tekun dan
berusaha.
Buku -Menunjukkan ilmu dan pelajaran
Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan
1.3 Isi kandungan
1.4 Prosedur pindaan
Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi & peranan PSS
Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
3.1 Jawatankuasa Induk PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah
4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)
4.2 Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-
(a) kriteria pemilihan
(b) pakaian seragam
(c) kehadiran
(d) senarai tugas
(e) senarai semak
(f) borang kebenaran
(g) surat pelantikan
4.3 Sistem Merit Pengawas PSS
Bab 5 : Peraturan Pusat Sumber Sekolah
5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik)
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat
Bab 6 : Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan
6.3 Rancangan Tahunan PSS
6.4 Laporan PSS (bulanan & tahunan)
6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK)
6.6 Fail Meja (FM)
6.7 Rancangan Pembangunan PSS
6.8 Dokumentasi
Bab 7 : Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku
7.2 Prosedur pemilihan koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dan sebagainya)
7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat
7.4 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS
Bab 8 : Kewangan Pusat Sumber Sekolah
8.1 Prosedur kewangan
8.2 Punca kewangan
8.3 Anggaran Perbelanjaan
8.4 Laporan Kewangan
Bab 9 : Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
9.1 Pengurusan bahan secara berpusat
9.2 Sistem Pengelasan
9.3 Proses Teknik
9.4 Pengkatalogan
9.5 Lokasi bahan
9.6 Penyusunan bahan
Bab 10 : Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
10.1 Mesyuarat / Taklimat
10.2 Kursus / Bengkel
10.3 Pertandingan
10.4 Program Perkembangan Staf
10.5 Program Orientasi PSS
10.6 Lawatan
10.7 Gotong Royong
10.8 Pameran
10.9 Minggu PSS
10.10 Promosi PSS
10.11 Program Panitia Mata Pelajaran
10.12 Aktiviti Galak Guna PSS
Bab 11 : Stok dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
11.1 Pengurusan Harta Modal (Kew 312)
11.2 Penyenggaraan Harta Modal (Kew 312A)
11.3 Daftar Inventori (Kew 313)
11.4 Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314)
11.5 Rekod Perolehan Bahan Buku
11.6 Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku
11.7 Rekod Perolehan Akhbar
11.8 Rekod Perolehan Majalah
11.9 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot dan peralatan)
11.10 Pelupusan
11.11 Hapuskira
11.12 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)
Bab 12 : Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
12.1 Sistem sirkulasi
12.2 Keahlian
12.3 Pinjaman berkelompok
Bab 13 : Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
13.1 Jenis-jenis perkhidmatan:-
(a) Peminjaman buku
(b) Peminjaman buku rujukan
(c) Peminjaman berkelompok
(d) Peminjaman bahan bukan buku
(e) Peminjaman peralatan
(f) Peminjaman pihak luar
(g) Reprografi
(h) Koleksi soalan
(i) Rakam salin
(j) Sebaran maklumat
(k) Rekreasi
(l) Khidmat nasihat dan bimbingan
(m) Pameran
(n) Promosi dan sebagainya
13.2 Waktu perkhidmatan:-
(a) Satu masa khas setiap kelas
(b) Waktu rehat
(c) Waktu tengah hari
(d) Waktu petang
(e) Hari sabtu
(f) Cuti sekolah
(g) Jadual waktu Guru Perpustakaan & Media
Bab 14 : Automasi Pusat Sumber Sekolah
14.1 Sistem yang digunakan
14.2 Sistem keselamatan
14.3 Menu utama
14.4 (Output)
14.5 Prosedur memasukkan data
14.6 Alat Pembaca Label Kod Berpalang (Bar code)
14.7 Rangkaian (networking)
14.8 Carian maklumat
14.9 Laporan
Bab 15 : Program Bacaan (NILAM)
15.1 Konsep Program NILAM:-
(a) Latar belakang
(b) Rasional
(c) Asas pertimbangan
(d) Pendekatan
(e) Model program nilam
(f) Tahap program nilam (jauhari & rakan pembaca)
(g) Sistem ganjaran
15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-
(a) Pengenalan
(b) Pelaksanaan
(c) Bahan
(d) Peranan
(e) Pengumpulan data
(f) Contoh-contoh rekod bacaan
(g) Aktiviti NILAM – Bulan Membaca Kebangsaan (Julai), Hari Buku Sedunia (23 April), Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa (Hari Isnin minggu keempat bulan Oktober)
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional.
Program penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003. Di bawah program berkenaan, angkasawan Malaysia akan menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) di ISS yang terletak kira-kira 402.34 kilometer dari permukaan bumi selama lapan hari.
Calon yang tepilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan calon simpanan ialah Kapten Dr Faiz Khaleed.
Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara merupakan cubaan kedua mendaratkan kereta di Kutub Utara selepas kali pertama dilakukan oleh Volkswagon sebelum ini. Penerjunan itu turut membabitkan kereta nasional-Proton Wira 1.5 atau dikenali Proton Vantus untuk pasaran Russia. Sebanyak tiga payung terjun digunakan yang mempunyai ukur lilit 30 meter setiap satu, manakala dua lagi bersaiz kecil sebagai pengimbang pelantar berkenaan. Sebagai langkah keselamatan, badan kereta itu dipasang jaring bagi memastikan pelantar didaratkan dengan selamat dan tidak merosakkan kenderaan. Proton Wira itu pula dihiasi oleh Jalur Gemilang di bumbungnya bagi menggambarkan imej negara.
Datuk Azhar Mansor mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama mencipta rekod belayar mengelilingi dunia secara solo tanpa bantuan kuasa enjin. Pelayar yang berusia 41 tahun ketika berangkat pada 2 Februari 1999 itu telah belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang.
Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar Mansor selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan telah disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
Pada 1979, kartunis Mohammad Nor Khalid (lebih dikenali sebagai Lat), melancarkan Budak Kampung, buku komik berdasarkan kisah kehidupannya sendiri sebagai anak desa. Lima tahun kemudian buku ini diterjemah ke Bahasa Jepun. Pada 1998, Budak Kampung dijadikan siri TV 26 episod, usahasama ASTRO (Malaysia), Philippines Animated Studios Inc. (Filipina) dan Matinee Entertainment (Amerika Syarikat). Setahun kemudian, satu episod dari siri berkenaan bertajuk “Oh, Tok!” memenangi anugerah berprestij “Siri TV Terbaik” bagi siri 13 minit ke atas pada Pesta Filem Animasi Antarabangsa Annecy di Perancis.
Sejarah tercipta di Selat Inggeris pada 3 Ogos 2003 apabila perenang maraton negara, Abdul Malik Mydin memahatkan nama Malaysia di Wishant dekat sini selepas berjaya melakukan renangan dari Dover, England sejauh 32.8km dalam masa 17 jam 30 minit. Kejayaan wira samudera itu sekali gus menjadikannya rakyat Malaysia dan Asia Tenggara pertama berjaya melakukan renangan di selat yang penuh cabaran itu, sejak kali pertama dilakukan oleh Kapten Matthew Webb pada tahun 1875.
Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berjaya melalui ekspedisi 1,100 kilometer menawan Antartika, Kutub Selatan. Sharifah yang juga pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM memulakan ekspedisi merentasi Antartika dengan kaedah ski sailing selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet pada 29 Disember 2004. Kecederaan serius pada lututnya pada suatu ketika tidak menghalang beliau menyempurnakan impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kejayaannya. Kejayaan itu lebih manis apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod 24 hari yang dicatat sebelum ini.
Pendakian Gunung Everest
Pada 23 Mei 1997, dua wira Malaysia iaitu M. Magendren dan N. Mohandas telah berjaya menakluki Gunung Everest yang setinggi 8,848 meter, gunung yang tertinggi di dunia. M. Magendran merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menakluki Gunung Everest yang terletak di Himalaya, dan di ikuti 15 minit kemudiannya oleh Mohanadas Nagappan.
Mereka berdualah yang bertanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di puncak gunung Everest itu. Usaha mereka untuk menakluki gunung tersebut telah mendapat liputan harian secara langsung selama 55 hari dengan kegigihan sembilan anggota Projek Everest 97' dari RTM.
15 Tip Pelajar Cemerlang |
Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan. Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang: 1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang. 2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat. 3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi. 4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan. 5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. 6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif. 7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. 8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita. 9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. 10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. 11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. 12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang. 13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif. 14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. 15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.
|
KELAS | ||
1 | IQNATIUS SUREN A/L SANTHANASAMY (PENGERUSI) | 6 B |
2 | FAQIHAH SYUHADA AL WAZIRAH BT JURJAINIEE(NAIB PENGERUSI) | 6 B |
3 | NOORFATINI FARHAH BT NOOR ADLY | 6 B |
4 | MUHAMMAD HAFIZ B. JAMALUDIN | 6 B |
5 | SITI MAISARAH BT. IKHSAN | 6 D |
6 | NURUL IFFAH BT AHMAD SAFWAN | 6 N |
7 | NURIN ADRIANA BT. AZLAN | 6 D |
8 | NUR SYADIYAH HANI BT. MOHD HASLAN | 6 B |
9 | NUR SARAH FARHANA BT ABDUL AZIZ | 6 D |
10 | MOHD HARITH IRFAN B. ALI HASSAN | 6 D |
11 | MUHAMMAD SYAMIM DANIAL B. SALLEHUDDIN | 6 B |
12 | AHMAD SHAUQI HANAFI B. SHAMLAN | 6 N |
13 | NURULL ATIESYA BT JASNY | 6 N |
14 | MUHAMAD FIRDAUS B KAMARUDIN | 6 N |
15 | MUHAMMAD DANIAL FAIZ B. ROSLI | 5 B |
16 | MOHAMAD HAZIQ FARHAN B. ABDUL JALIL | 5 B |
17 | AIMI AMIRAH BT. MAZLAN | 5 D |
18 | NUR SYAFIA AMIRA BT ZAIROSEZARY | 5 B |
19 | NUR SYAKIRA HAZWA BT. ZAIROSEZARY | 5 B |
20 | NUR NAJWA BT JAMALUDDIN | 5 B |
21 | NURUL ANISAH BT AZBA | 5 D |
22 | NURUL HILMA BT. AHMAD KAMAL | 5 B |
23 | MUHAMMAD AZRI B AZHAR | 5 B |
24 | NOOR AZLIYANA SYAHIRAH BT NOORDIN | 5 B |
25 | NOR AISHAH BT ZAINAL ABIDIN | 5 B |
26 | MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN B. MOHD HISHAM | 5 Z |
27 | FATIHAH HANIM BT. MOHD ZAKI | 5 N |
28 | FATIN ZULAIKHA BT BAKAR | 5 Z |
29 | MUHAMMAD HANIF HAIKAL B. MOHD. HANAFI | 5 N |
30 | NOOR JASMIN BT. SHIKH KHALIL | 4 B |
31 | INTAN NUR ZULAIKHA BT CIK ZAHARUDDIN | 4 B |
32 | NUR HANNANI SAWANI BT. MUHAMAD ZAIDI | 4 B |
33 | RABIATUL ADAWIAH BT. OSMAN | 4 B |
34 | NOR SALSABILA BT. SUHAIMI | 4 D |
35 | ANIS AYUNI BT IZHAM | 4 B |
36 | SITI NABILA BT. M. AZHAR | 4 B |
37 | ALIF WAZINI B. MOHD FAUZI | 4 N |
38 | SITI AISYAH AFIFAH BINTI ROSAMUDIN | 4 B |
39 | MUHAMMAD AMAR RIEZWAN B. ABD RAZAK | 4 D |
40 | NURLIYANA ALIYAH BT. KAMARUL NIZAM | 4 D |
41 | MUHAMMAD NABIL B. YANG AHMAD | 4 D |
42 | NUR DINI ASNA BT ROSLI | 4 N |
43 | NUR SHAZATUL SHUHADAH BT KHAIRUL NIZAM | 4 D |
44 | NUR HUDA NAJWA BINTI MAT SUHAIMI | 4 D |
45 | MUHAMMAD SHAHRUL ANNUAR B. MOHD RIZUAN | 4 D |
46 | FARHAN B. MOHD RIZAL | 4 D |
47 | MUHAMMAD FARIS B. MUHAMAD NAZRI | 4 Z |
48 | PUTERI WAFA DAMIA BINTI MEGAT AZMI | 3 B |
49 | NURUL AMALINA BINTI AZBA @ MOHAMMAD HASSAN | 3 B |
50 | MUHAMMAD FAIZ BIN MAT NAYAN | 3 B |
51 | PUTRI ADDINA SYAZA BINTI AZADI SANI | 3 B |
52 | FAIZ ZUFAIRY BIN MOHD SHARIF | 3 B |
53 | MUHAMAD ALIF HAIKAL BIN AZLAN | 3 B |
54 | MOHAMAD JAZLI SUFI BIN AHMAD ISMAIL | 3 D |
55 | MUHAMMAD AQIL HIDAYAT BIN MOHD HAFIZ | 3 D |
56 | SABRINA JOANNE A/P SANTHANASAMY | 3 D |
57 | NURUL NAJIHAH BINTI SHARIFUDIN | 3 D |
58 | NUR BALQIS NAJWA BINTI MOHD FARID | 3 D |
59 | MUHAMMAD RUSDI BIN MOHAMAD ROHAIZAN | 3 D |
60 | NUROOL HUMAIRAA BINTI AHMAD NIZAM | 3 N |
61 | NUR DIYANA BINTI AHMAD JELANI | 3 N |
62 | AINAA NAJWA BINTI MOHD ZAINI | 3 N |
63 | MOHAMAD ZUFAYRI BIN SHAHRIZAN | 3 Z |
64 | NUR IRDINA ZULAIKHA BINTI SAIFUL NIZAM | 3 Z |
| | |
| | |
| 65 |
Motivasi kepimpinan 2010 telah diadakan pada 09 April 2010 iaitu hari Jumaat bertempat di dewan terbuka SKJMB jam 2.00 petang. Penc eramah jemputan ialah En. Azmi b. Abd. Hamid seorang pensyarah dan kaunselor dari IPGM Tuanku Bainun. Murid yang terlibat ialah semua pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber , ketua kelas dan penolong ketua kelas berjumlah 188 orang.
Objektif motivasi kepimpinan ini diadakan ialah supaya murid yang diberi tanggungjawab kepimpinan ini dapat membina keyakinan diri, melahirkan kesedaran tentang peranan dan tanggung jawab terhadap sekolah, meningkatkan sahsiah diri, meningkatkan daya kepimpinan dan komunikasi serta memantapkan jati diri. Adalah diharapkan agar motivasi ini dapat memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam membantu guru-guru untuk mempertingkatkan pengurusan dan disiplin di sekolah.
Semasa sesi ceramah diadakan, murid-murid begitu tekun dan berminat dengan aktiviti yang diadakan terutama topik tentang penampilan sebagai seorang pemimpin dari segi penampilan diri dan cara berkomunikasi.Pada keseluruhannya, motivasi ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
******************************************************
1 MALAYSIA..RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda
Nilam program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita
Bina Tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Ganjaran yang diberi
tidak terhingga
Jadi rakan pembaca
Juga capai jauhari
Pembaca yang bestari
Anugerah diberi
c/o
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Menerangi jalan suram
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari
(ulang Chorus)
Amalan membaca
Menjana minda bestari
NILAM
Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 PUSAT SUMBER SK JALAN MATANG MATANG BULUH, 34300, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN
PENAFIAN:SKJMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.
© Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP
0 comments:
Post a Comment